Ancaman dan pengekalan Siamang

Siamang, sebagai haiwan primate arboreal, bergantung sepenuhnya pada hutan bagi kewujudannya, dengan itu ia berhadapan dengan pengurangan populasi akibat kehilangan habitat,[6] pemburuan haram dan pemburuan.[13][20]

Kehilangan habitat

Siamang, Tierpark Hellabrunn, Munich, Germany

Ancaman utama pada siamang adalah kehilangan habitat akibat perladangan, kebakaran hutan, pembalakan haram, pencerobohan dan pembangunan oleh manusia. Pertamanya, ladang kelapa sawit telah menggantikan sejumlah besar kawasan habitat siamang sepanjang empat abad lalu. Sejak 2002, 107,000 kilometer persegi kelapa sawit telah ditanam,[21] yang telah menggantikan kebanyakan hutan hujan di Indonesia dan Malaysia, di mana siamang pernah tinggal. Keduanya, pada dua abad yang lalu, kebakaran hutan membinasakan lebih dari 20,000 km² hutan hujan Sumatera, kebanyakannya di kawasan tanah rendah di mana kebanyakan siamang tinggal. Ketiga, kadar pembalakan haram di Indonesia meningkat antara 1980 hingga 1995 dan lebih pantas selepas era reformasi bermula bermula dari tahun 1998.[21] Aktiviti pembalakan haram ini membinasakan hutan hujan tropika yang tinggal, terutamanya di Sumatera. Keempat, pencerobohan hutan menukar kawasan hutan menjadi kawasan pertanian; sebagai contoh, kenaikan harga kopi pada tahun 1998 telah menggalakkan penduduk di Sumatera untuk membersihkan kawasan untan untuk pembukaan ladang kopi.[22] Kelima, pembangunan dibanyak kawasan memerlukan infrasturuktur, seperti jalan, yang kini membelah kawasan perlindungan dan menyebabkan pemecahan hutan dan kesan pinggiran.

Pemburu dan pemburuan haram

Berbeza dengan bahagian lain Asia, primate tidak diburu sebagai makanan di Indonesia (pengecualian adalah restouran Cina di Indonesia, yang kadang-kala menghidangkan macaque). Mereka diburu dan dicari bagi perdagangan haram haiwan peliharaan, kebanyakannya bagi bayi siamang. Pemburu haram sering kali membunuh ibu siamang terlebih dahulu, kerana siamang betina amat melindungi bayi mereka, dan adalah sukar bagi mengambil bayi tanpa membunuh ibunya terlebih dahulu. Kebanyakan siamang yang dijual merupakan bayi, dan sering kali mati semasa dipindahkan.[13][20]

Pemeliharaan

Siamang diketahui terdapat di sekurang-kurangnya sepuluh kawasan perlindungan: Taman Negara Kerinci Seblat, Taman Negara Bukit Barisan Selatan, Taman Negara Gunung Leuser, Taman Negara Way Kambas dan Taman Perlindungan West Langkat di Indonesia, Hutan Simpan Bukit Fraser, Hutan Simpan Gunong Besout, Taman Perlindungan Hidupan Liar Krau dan Taman Perlindungan Hidupan Liar Ulu Gombak di Malaysia dan Taman Perlindungan Hidupan Liar Hala Bala di Thailand.[2]